08 January 2015

TIPS MENARIK !!

Cara makan jamu & memilih jamu juga adalah penting. 

Ketika menyusu, elakkan dari memakan jamu yg kuat.

Contohnya, jika jamu tu jenis yg "pure" dibuat di kampung, jangan makan berlebihan, takut baby berak-berak atau cirit-birit. Dan lagi satu, semasa makan jamu tu "ampu" buah dada & niatkan dalam hati bahawa jamu itu tidak mengganggu susu kita, dan selawatlah ke atas Nabi 3 kali.

Jika kita "mengampu" buah dada, bukan setakat boleh mengelakkan bayi daripada cirit-birit, tapi buah dada akan tetap tegang, montok & cantik. Tak perlu risau seandainya kita susukan badan nanti buah dada tak cantik. 

Suami pasti suka kalau kita susukan anak, at the same time buah dada masih boleh kita cuba maintain bentuknya. Anak sihat, suami pun tumpang berkat! 


Lagi satu tips, kurangkan "dosage" penggunaan jamu tu. Katakan jika arahan tu suruh kita makan 2 bj, kurangkan ambil 1bj dulu.. at least taklah terlalu panas untuk baby. Dan, kalau boleh makanlah jamu even selepas pantang, jangan hanya makan jamu masa dalam pantang sahaja. Sambunglah makan jamu untuk kesihatan.

Tak setuju bila ada wanita yang takut untuk menyusu badan dengan alasan takut payudara jadi kendur, jatuh dsbnya. Suami perlu bagi semangat, dorongan bahawa memberi susu pada anak bukan saja anak dapat manfaat, tapi suami pun tentu seronok kalau bentuk buah dada isteri lebih montok dari mula-mula kahwin!

So fikirlah cara yg sesuai. Penyusuan badan berjaya mengawal kehamilan, menurunkan berat badan.. YAKIN BOLEH! 

Bawalah berbincang dengan isteri atau suami masing-masing, supaya dapat pemahaman, kerjasama.

No comments: